Untukmu juang dan darah kami, wahai al-aqsa tercinta

By: mujahid aqsa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Sep-2007 13:13 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan pertama

Ramadhan kareem...
Wajah zaid dah jauh berbeza dr gambar2 yg dlm fotopage ni, nanti ummi update gambar zaid yg terbaru..
Ini Ramadhan zaid yg pertama...semoga ia bermakna buat kita sekeluarga, walaupun mungkin zaid belum memahami, ummi pasti keberkatan dan naungan malaikat Allah sentiasa dapat dirasai oleh semua makhluk. Burung di depan rumah yg jarang berbunyi pun tak henti2 berzikir sejak 1 ramadhan yg lepas...subhanallah, walhamdullilah.
Alhamdullilah zaid hampir berumur 10 bulan, sedang berusaha utk mendapatkan langkah pertama, semoga Allah permudahkan, wahai anakku..teruslah bermujahadah, walaupun selalu terjatuh dan menangis
Bila difikirkan balik,ummi tak sangka masa berlalu sangat cepat. Zaid sudah tak larat ummi mendukungnya...semakin aktif tapi mendengar cakap...isma' kalam ummi ya habbibati..
Zaid berlemah lembut dgn semua org, kalau org dia belum pernah jumpe pun dia akan diam dan tunggu masa sesuai utk senyum..nampak gigi sebatang, alhamdullilah, pandai muayasyah anak ummi ni
Tapi zaid tak pandai sgt berkawan lagi esp dgn baby2 lain, dia nak kawan, tapi agak 'physical' (suka pegang tangan, muka etc), takut2 tercedera pulak baby tuu...berlemah lembutlah mujahidku, kerana Allah mengurniakan pd org yg lemah lembut sesuatu yg tidak dikurniakan pd org yg kasar..
Ummi teringat sajak yg ditulis waktu zaid dlm perut, sewaktu hari aqsa sedunia, ummi dah tak simpan sajak tuu..tapi yg ummi ingat ummi meletakkan segunung harapan pd Allah supaya zaid ditarbiyyah sejak di dlm rahim ummi lagi, kelahiran mu satu rahmat, 17 zulqaedah hari teristimewa di hati ini, mendakap seorang bayi yg sgt bermakna, perasaan itu masih tergambar, titisan air mata bila mendengar tangisan zaid yg pertama, ucapan syukur yg tidak terhingga di dlm hati, Allahuakbar. anak ummi soleh, anak ummi mujahid...itu yg mampu diucapkan oleh bibir setelah bertarung perasaan dan kesakitan melahirkan..dr hari pertama, ummi ucapkan kpd ayah 'anak ini istimewa, lain dr yg lain' -luka pertamaku di jlnMu yg Allah, luka yg kesannya masih wujud, semoga diterima sbg penghapus dosa, jihadku ke jalanMu-
Ya Allah, aku syukuri cuti bersama zaid yg Engkau anugerahkan selama setahun ini. Semoga ia bermanfaat utk dakwah dan zaid adalah sebahagian drnya. Semoga aku tidak melalaikan nikmat yg hampir berakhir ini, semoga ini menautkan hati kami dan membentuk biah yg soleh utk perkembangan zaid. zaid pandai mnggelengkan kepala bila dilagukan zikir2, pandai menyebut 'Allah', sukakan zikir dan selawat...'ketahuilah hanya dgn mengingati Allah akan tenang hati'mu, wahai mujahidku
Ramadhan yg membawa seribu rahmat dan keampunan, jadikanlah kami hamba2 Allah yg lebih baik selepas ini, Ya Allah bantulah mujahadah sepjg bulan mulia ini, agar tidak tersia dan tersisa waktu...utkku dan mujahidku.
Zaid al-Harithah penghibur hati ummi, ummi hanya penjagamu yg Allah telah tetapkan, semoga cintaMu kpd Allah dan sayangmu pd ummi.Ketahuilah Allah yg lebih berhak ke atasmu, Allah lebih mengasihimu, Allah memeliharamu. Oleh itu kewajipan utamamu adalah kpdNya. Ummi akan berlalu pergi, ummi hamba Allah sama spt zaid, spt mana zaid perlukan Allah ummi juga begitu, kita sama shj...suatu hari nanti perpisahan antara kita akan berlaku, ummi relakan demi agama ini, pergilah mujahidku, sambutlah seruan Allah dan Rasul. Jadilah spt 'org yg dikurniakan nikmat oleh Allah' (33:37). Semoga tetap hatimu dan langkahmu. Ummi doakan...walau air mata mengalir laju, kerana zaid milik ummat, zaid hamba Allah. Semoga diberkati....Allahumma ameen...harapan Ramadhan


Thursday, 19-Apr-2007 03:24 Email | Share | | Bookmark
sudah bersediakah aku?

 
 
 
View all 6 photos...
Mimpiku dahulu…

Dahulu aku pernah bermimpi,
Mimpi yg mengundang ketakutan dan linangan air mata
Mimpi yg menjadi misteri bg diriku,
Adakah mainan tidur atau gambaran sebenar.
Kami di sebuah rumah bertingkat,
Ditenggelami perasaan cemas dan gusar,
Tentera Yahudi semakin hampir…
Mara dgn senjata,
Sedangkan kami hanya terdiri dari insan2 yg lemah,
Tidak punya apa.
Kumemandang ke bawah,
Terlihat perut yg semakin membesar,
Terlintas di fikiran,
Bagaimanakah menyelamatkan diri dari Yahudi laknatullah,
Ke mana hendak lari, bersama kandungan ini?

Mimpi yg membuatku tersedar sambil teresak,
Menangis
Perasaan bercampur baur masih terasa, seakan mimpi itu benar berlaku
Mimpi yg membuatkan aku terfikir,
Selama ini diri ini lantang mengatakan kebencian terhadap Zionis
Dan mengumandangkan himmah utk berjuang habis-habisan
Jika ditakdirkan bersua dgn mereka,
Namum, mampukah aku? Sudah bersediakah imanku? Sudah cukup bersabarkah aku?
Baru dlm mimpi sudah mengatur cara utk lari,
Sedangkan lari dari medan perang itu adalah haram...
Mungkin selama ini semangatku rapuh,
Azamku tidak benar, hanya illusi,
Ya Allah semoga kau tabahkan hatiku, tetapkan langkahku,
Jika ditakdirkan bertemu musuhMu.

Sabda Rasulullah, jangan bercita utk bertemu musuh, tetapi jika bertemu, maka kuatkanlah kesabaranmu.
'Wahai orang2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu), dan bertaqwalah kpd Allah agar kamu beruntung' (3:200)
Semoga kami tetap sabar.


Thursday, 19-Apr-2007 02:23 Email | Share | | Bookmark
bersama mujahidku

sebelum tidur muhasabah diri, apa yg telah kulakukan pd hari ini
Alhamdullilah, Allah telah memelihara mujahid aqsa (Allahumma ameen) selama hampir 5 bulan...sedar tak sedar, sungguh cepat masa berlalu. Kadang2 ummi terharu bila pandang wajah Zaid, terasa bersalah pun ada....pengorbananmu melebihi kanak2 seusiamu, mujahidku...di kala bayi2 lain lenyak dibuai mimpi, kau ku heret ke sana sini...di kala bayi2 lain terjaga waktu tidurnya, kau tidur di dlm kereta kerana terlalu letih. Namun, Zaid tidak pernah mengeluh atau menunjukkan 'protesnya'. Zaid bagi ummi sangat memahami, sangat tabah....semoga kekal sehingga Zaid besar kelak.

Terima kasih mujahidku....

Hari ini aku mengembara lagi,
mengembara bersama mujahid kecilku,
ditemani bintang2 di langit dan kegelapan malam
Mengembara mencari hati2 yg bisa disentuh dgn nur Ilahi
Entah bila pengembaraan ini akan berakhir,
Namun aku tidak pernah jemu.
Kualunkan bacaan Al-Quran yg suci sebagai hiburan
Bagiku dan bagi mujahidku,
Semoga redha Allah yg kami cari,
Akan ketemu juga,
Semoga tadhiyyah ini akan menyampaikan kita
Ke al-jannah yg kekal abadi...
Di dunia berkelana mengembara, di akhirat jua istirehat kita
Ya Allah, terimalah amal kami


Terima kasih Zaid, kerana sangat memahami


Monday, 12-Feb-2007 23:38 Email | Share | | Bookmark
yahudi di mana-mana..

 
Mase Ummi, ayah dan Zaid jalan-jalan tuu...ada ternampak kuil Yahudi atau 'synagog' . Dahsyat betul...kat sini pun community Yahudi ni established...siap ada kuil sendiri lagi, di tengah-tengah bandar pulak tuu. Memang betullah Yahudi menguasai dunia, cuma kita shj yg x perasan. Bila tengok kuil tu terfikir usaha dakwah yg sekelumit..entah bila akan mengubah dunia. Mujahidku, sambung perjuangan ummi dan ayah ya?
Kita seringkali leka dan disibukkan dgn berfikir mcm2 masalah peribadi drpd memikirkan masalah ummat. Org2 yg nak berfikir masalah ummat pulak ada yg x bersefahaman. All these because kita tahu yg kita masih ada masa. Masa utk apa? Masa utk makan, tidur, berseronok. Tapi, bagi Palestinians yg hidup setiap hari menghadap muka Yahudi, setiap hari diancam bom dan peluru sesat Yahudi....they don't have the time. They can't afford to not unite (except the Hamas-Fatah conflict which has been spurred by Yahudi laknatullah and their allies), they can't afford to think too long about what they want to have for dinner, they can't sleep as long as we do....some died waiting for ambulance at the check points, parents were beaten in front of their kids at the check points, some forced to drink their own urine, dance and sing for the kuffars. Some pregnant Palestinian mothers even give birth at the check points. So, the check points are not for security reasons, they are political. So what is time for them then?? Waiting for their own death and misery?
Cuba bayangkan bangun pagi...tak dpt gi skolah atau keje...mungkin mmg xde semangat nak keje or pegi skolah sbb terpenjara di tanah air sendiri. Nothing to live for. The moment that you reach the conclusion that you have nothing to live for, you immediately find that you have something to die for.Die for Islam, as a mujaheed against the Yahudi - ALLAHUAKBAR!!
Syabab yg hidup dlm suasana yg berhadapan dgn musuh akan lebih matang dan sedar peranan masing2 berbanding syabab yg hidup dlm suasana serba senang...Nikmat kesenangan sepatutnya digunakan utk merancang dan bertindak, tetapi ramai yg diulit lalu terhanyut bersama kesenangan itu......astaghfirullah....jadikanlah kami Ya Allah, hambaMu yg berfikir tentang ummat lebih dr diri kami sendiri, ammen...


Sunday, 11-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Zaid's first trip

 
 
 
View all 5 photos...
Alhamdullilah, Allah kurniakan kesempatan utk Ummi, Ayah dan Zaid melawat achik2 yg tersayang. Kami juga sempat ke Botanical Gardens yg sangat cantik, subhanallah! Semoga mujahid aqsa yg baru sahaja menceceah usia 2 bulan beberapa hari yg lalu belajar utk melihat alam ciptaan Allah dan mula mengenal pencipta alam ini yg agung. Semoga dari sini akan berputik cinta yg mendalam kpd ALLAH, bi iznillah. Banyak betul binatang kt sini..ada iguana, ducks, birds, tortoise seronok betul Zaid tengok itik berenang, sampai terlentok- lentok. Zaid cepat penat dan terus menangis nak susu. Ummi dan Ayah pun berhenti di mini waterfall utk susukan Zaid sambil menikmati pemandangan. Masya Allah patutlah syurga Allah itu digambarkan seperti taman-taman yg mengalir sungai di bawahnya....kerana taman ini sungguh cantik, sungguh menepati fitrah manusia. Ummi terjumpa satu pokok yg buahnya bentuk love...Ummi suka sgt..ada yg warna merah ada warna kuning. Ada satu pokok yg berbunga pink terang, dahlaa cantik..ada madu pulak tuu (ada seekor burung tgh hisap madu pokok tuu)...subhanallah. Bila terfikir balik, memang kita akan tertarik pd pokok yg berbunga atau berbuah drpd pokok yg takde apa-apa..hanya daun. Dan iman tanpa amal itu digambarkan spt pokok yg tanpa buah, memang tidak menarik. Semoga Allah tetapkan hati kami dalam iman dan AMAL. Zaid terus tertidur sementara Ummi tolak pram ke sungai. Tidurlah wahai mujahidku, sementara tidur itu bermanfaat buatmu. Kerana di depan sana, ada jalan yg memerlukan kita berkorban segala-galanya...termasuk tidurmu.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net